Malaysia catat sejarah....

Kes pertama selesema babi dikesan di Malaysia
15/05/2009 2:22pm


PUTRAJAYA 15 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama selesema babi di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu.

Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama. "Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,'' katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Ini pulak yang member aku forwardkan dalam bentuk pdf tapi aku dah save dalam bentuk Jpg.









Sebahagiannya menyebut:
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
15 Mei 2009

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan POSITIF influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009.

Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun, yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada jam 6.45 petang. Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil.
Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes. Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapalterbang yang sama. Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan. Kementerian Kesihatan juga meminta semua Klinik-Klinik atau Hospital Swasta agar sentiasa berwaspada dan merujuk segera kes-kes yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak influenza A(H1N1) dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan. Sehingga jam 12 tengah malam 14 Mei 2009, selain daripada kes di atas, Bilik Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC)