KIMK di Harian Metro

Kala aku tengah layan lepak santai di bilik, handphone aku berlagu menandakan satu sms kini berada di dalam inbox aku. Bila aku buka tertera nama editor aku bertanyakan khabar dan keadaan diri aku. Jadi aku pun informlah yang aku dah selamat mendischargekan diri dari penjara tawakal dan mungkin esok aku akan ke office memandangkan tugasan yang sudah pasti bertimbun menanti kepulanganku. Apa nak buat kan, dah kerja dengan orang... jadinya kenalah aku lakukan apa yang terdaya dan termampu. Apapun satu berita yang dismskan padaku benar-benar membuatkan birai mata terasa basah.

KIMK masuk Metro hari ni, under segmen mutiara minda dan yang lebih menggembirakan bila mana dua lagi novel keluaran Fajar Pakeer juga tersenarai bersama. Syukur alhamdulillah... terima kasih ya allah, terima kasih atas segala rahmat yang kau berikan ini. Walaupun hanya sekadar sinopsis untuk novel-novel tersebut, tapi setidak-tidaknya ia sebahagian dari cara mempromosikan agar diketahui umum. Sebagai penulis baru seperti aku, tentulah rasa terharu menyelimuti diri dan perasaan. Memang aku tak sangka dan aku cukup berterima kasih dengan apa jua yang dilakukan oleh semua yang bertanggungjawab.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Hati/20090512084345/Article/index_html

3 Ulasan:

  umi ameer

May 13, 2009 at 8:52 AM

Tahniah... ko setapak maju ke hadapan bila buku sudah masuk suratkabau...
Aku sentiasa doakan kejayaan ko mek...

  Buah Cintaku...

May 14, 2009 at 4:13 PM

Thank you. Aku anggap ianya hadiah untuk orang sakit seperti aku... hehehehe. Terima kasih juga pada publisher aku. Tanpa usaha mereka penulis cipisan macam aku ni tak ada orang tahu.. dan terima kasih atas doa ko pada aku.