Kamar Aku....

Nilah tempat aku melepak sewaktu dipenjara di hospital tawakal. Sweet kan... kemaskan... tengoklah siapa pesakitnya. Aku memang tak suka katil aku messy... lagi bertambah sakit rasanya badan aku dan meresap terus ke otak. Masa aku amik gambar ni, tak ada orang yang temankan aku, sebab tulah aku boleh buat kerja ni tanpa ada halangan dan larangan dari sesiapa pun. Masa ni juga che misi yang cantik menawan bawakkan hidangan makan malam. Kalau tak silap aku, juadah waktu ni rendang ayam, nasi putih, acar bodoh, sup cendawan dan buah papaya. Mengancamkan... tak macam menu orang sakit, tapi apalah daya dengan keadaan yang sakit selera untuk makan memang dah out station entah ke mana. Tekak aku pahit jer... memanjang aku tonggang air ribena campur 100 plus. Walaupun di tegah, tapi aku tak amik kisahpun. Amik kisah kejap, pastu bila tak ada orang aku buat balik. Tak pun aku makan asam yang aku minta che misi belikan. Tapi kan satu pengalaman yang rasa cam nak buat aku nyorok bawah katil... satu pagi sedang aku beristirehat menantikan kedatangan si darahkula [tukang amik darah tu] untuk melaksanakan tugasan rasmi, aku terkejut bila ada beberapa orang misi pelatih dok sok sek sok sek kat tepi katil aku sambil dok jeling-jeling takut-takut berani. Terdengarlah perbualan bisik-bisik mereka... 'Akak ni penulis. Aku pernah nampak dia masa pesta buku baru-baru ni. Ha! Ni novel dia, cuba korang tengok, samakan rupa dia.' kata yang memegang buku aku. Waktu itu aku dah tersentak. Biar betul... 'Meh sini aku tengok. Ha'ahlah... betul sebiji sama... erm tak sangka kita boleh jumpa penulis novel ni kat hospital kita ekk. Alamak, nak tegur ke tak... kakak tu nampak cam okey, sempoi giler...' sampuk hak sorang lagi pulak. Apapun yang lebih buat aku terkezut dan terkujat mengalahkan baboon yang sedang ditackle bila adik-adik misi tu minta nak bergambar. Ya Tuhan... gilozzz tu.... dengan muka bertampal bedak baby, tudung, Tshirt dan jeans, memang sah aci muka pasang siap jerlah. Apapun terima kasih yer adik-adik misi yang dah berjaya menghuru harakan sedikit keadaan ward 209 pagi tu. Dari orang tak tahu, terus orang tahu... tapi betullah... sampai bila orang tak tahu kalau dari hari ke hari makin ramai yang akan tahu... Uhuuuuuu nak buat camne kan....

6 Ulasan:

  dina

May 11, 2009 at 4:03 PM

pesakit glemer le kau ye

  qaseh qaisara

May 11, 2009 at 8:34 PM

Pu3, sebenarnya awak tu memang muka kecoh. Kat mana-mana pun mesti kecoh punya...

  Buah Cintaku...

May 11, 2009 at 10:39 PM

Iyer tak ada maknanya glemer tu dina, aku ni tetap gak pesakit yang sama dengan pesakit lain yang ada di situ. Cuma aku terkezut gilez dan terharu... tak sangka ada gak yang kenal penulis cipisan macam aku ni....

  Buah Cintaku...

May 11, 2009 at 10:40 PM

Eh! Betul ke saya ni muka KECOH kak Qaseh??? Ketara sangat ke kekecohan saya??? Erm, tak perasanlah pulak....

  Anonymous

May 12, 2009 at 4:47 PM

Sapa yang label awak sebagai muka kecoh mungkin kena study lebih sikit pasal awak.