Beach Party09

I had such as a very happening evening yesterday. Mana tak happeningnya, berdansa dengan pakaian ala-ala nak pi picnic kat pantai walaupun hakikat dekat office ni memang tak adanya pantai. Apapun dah si penganjur menetapkan pakaian sedemikian, makanya masing-masing pun penuh keterujaanlah. Ada yang santai dengan jeans dan t-shirt tak kurang juga menggayakan pario yang dipadankan dengan baju yang mereka suka. Pendek kata memang happening gilez petang semalam di kelas aerobik. Seronok sangat dan lucu. Cuba bayangkan, berpakaian sedemikian, kemudiannya sehati berdansa... tak ke mengarut... yang mana prepare sport shoes tu kira okeylah, yang aci datang dengan selipar, apa citer... jawabnya menari gaklah dengan berkaki ayamnya. Dahlah kena layan samba, hip-hop, caca, latino dan tah jadah apa lagi nama muziknya. Nak atau tak... erm goyang gaklah. Namun semuanya cukup sporting dalam mengayakan pakaian masing-masing. So colourfull, siap dengan bunga-bunga di leher lagi... ala gadis hawaii tu lah, cuma aku je yang biasa. La! Betul... aku tak tukar baju pun. Wearing what ever aku pakai hari tu, blouse dengan pants. Ada tak ada join kengkawan aku dengan idea berbunga di tangan, itupun Suriya dan Yan bermurah hati nak pi cari. Kenapa aku tak bawak baju... kenapa aku tak dress up macam kengkawan lain... erm sebab apa ekk... sebabnya... sebabnya, erm mood aku sesungguhnya out-station sebenarnya. I just try menceriakan juga wajah dengan gelak bersulam senyum supaya apa yang ada deep in my heart tak terpancar. Keylah, korang layanlah a few picture yang aku rasa cam sesuai untuk dipertontonkan...