Hari ini dan esok…

Hari ni lunch aku macam gak minggu lepas. Yong Tau Foo di KL Sentral. Tu pun atas cadangan member, cuma yang membezakan, hari ni tak ada desert. Bukannya tak mampu nak beli, tapi nafsu untuk menikmatinya tak ada. Erm tahlah. Melihatkan segala bagai isi di dalam mangkuk yang berada di depan mata, dalam hati berdetik. Boleh habis ke... Rasa masa amik tadi sikit jer, camne tiba-tiba boleh jadi banyak. Tak kan benda alah ni semuanya beranak... isy.. isy... isy... seperti yang dijangka, memang tak habis. Yang habis cuma sayur-sayur dan sebahagian dari khazanah yang diambil tadi. Huhuhuhu… membazir betul… nak buat camne… kalau disumbat gak, alamatnya akan terkeluar semulalah nampaknya.

Tubuh tiba-tiba rasa tak berapa sedap. Pagi tadi sebelum keluar ke office, aku dah telah beberapa biji pills yang dibekalkan oleh doktor masa aku tersadai hari tu. Tah kenapa rasa cam sengal-sengal di anggota sendi tu datang semula. Ya Tuhan... hanya kepada engkau aku berlindung dari segala anasir yang boleh memudaratkan diriku. Peliharalah aku ya allah... Sekarang ni pun aku rasa cam letih... nak kata kerja banyak, tak... macam biasa jer. Bukanlah yang jenis over loaded, kenyang sangat ke tadi... erm rasa cam tak juga. Biasa jer. Jadi apa masalahnya… imunisasi kurang… ah ! sudah.

Esok aku kena dan terpaksa kembali ke hospital untuk sesi followup dengan doktor. Erm bukan aku dah sihat ke… bukan tak payah dan tak perlu pergi lagi ke… tapi kalau dah sah-sah tertera di appointment card aku kena datang boleh ke aku mengescapekan diri??? Siap dengan tarikh dan waktunya sekali. Ceh! Hari tu pun misi hospital tu dah macam tak ada kerja jer called untuk tanya keadaan diri aku. Cewah! Baiknya… maklumlah depa pun dah balun beribu gaklah duit aku sepanjang aku admitted kat hospital depa, tentulah buat baikkan… tambahan pulak regular hot & spicy patient macam aku ni… sure depa kena jaga bebaik. Kalau dak, sat ni aku tukaq pi spital lain… ha baru depa nganga… apapun esok aku kenalah mengadap doktor aku tu. Harapnya taklah aku jumpa doktor Sollahuddin ke, doktor Al-Amin ke dan yang paling aku tak nak jumpa sesangat doktor Hj Roslan… kalau jumpalah doktor tu… ya ampun… bisa berantak idup ku… Erm kena amik darah lagi ke esok… Ah! Itulah yang aku tak sanggup…

4 Ulasan:

  Najwa Aiman

May 19, 2009 at 5:15 PM

So far YTF yang paling lazat pada deria lidah aku ni, ialah yang di fodd court Mega Mall tu. Aku dah pernah try YTF KL Sentral. Tak berapa sedap. Bebila senang ko try la YTF Mega Mall... perghhh...!!!

  Buah Cintaku...

May 19, 2009 at 5:34 PM

To NA -> Mega Mall... kat mana tu??? Sorrylah aku bab jalan dan tempat ni kalau tak indetail, sure hampeh.com punyalah. Idaknya aku tahu...

  zeqzeq

May 20, 2009 at 6:03 PM

salam..P3
lepas ni jumpa Dr Saya lak..hhee

psstt Mega Mall tu jika tak silap...nya..

emmmm...

..lupa lak semalam ingat..hai ni lupa