Isy.. mengidam ke....

AkU: DSana, DSini teringin nak makan nasi lemak... rengek ku bila komunikasi dua hala berlangsung. Entah kenapa aku bagai terasa-rasa di tekak. Pelik betul.

DiA: Erm ni nak makan sungguh ke atau just rasa-rasa? Dia tahu sangat yang selera aku tak ada kerana dah acapkali mendengar aku mengomel.

AkU: Betul... DSini nak makan sangat. Nasi Lemak kukus, kalau dapat bungkus dengan daun pisang lagi best. Macam yang Mak Nab jual di kampung tu.

DiA: DSana... KL ni rata-rata orang dah tak bungkus nasi lemak dengan daun pisang, kalau ada satu dua gerai jer. Kebanyakkannya bungkus dengan kertas plastik ataupun letak terus dalam bekas putih tu.

Aku dah diam. Entah kenapa rasa macam benar-benar terasa. Terdengar dia tertawa kecil. Entah apa yang lucu aku pun tak tahu.

DiA: Ha! Diam tu tak lain merajuklah tu. Bukan DSini tak nak belikan, jangan kata nasi lemak, nasi briyani atau apa saja nasi yang DSana nak makan, insyaAllah DSini sanggup beli, tapi masalahnya waktu macam ni mana nak cari nasi lemak. Kalau pagi atau petang@malam tu adalah.

AkU: Erm kalau dapat makan nasi lemak, rojak buah penang dengan cendol pulut campur jagung dan kacang merah mesti best kan. Aku menyuarakan segala keteringinan yang bertamu. Entah dari mana munculnya, aku sendiri tidak tahu. Masakan pembawakan tekak kut...

DiA: Okey, apa kata... breakfast kita makan nasi lemak Mak Nab, kemudian lunch kita cari nasi kandar line clear dengan rojak buah Penang, than petang kita makan cendol pulut campur jagung dan kacang merah di warung Leman Dawi di Senawang. Cendol di sana memang superb sedap, tapi dengan satu syarat DSana harus sihat sesihatnya. Dia mula membuat tawaran dan tawaran itu macam tak masuk akal jer.

AkU: Amboi! Tiga tempat dalam satu hari... erm sempat ke?

DiA: Apa pulak tak sempatnya. Kalau kita balik kampung hari Jumaat lepas kerja, sure pagi tu kita boleh bersarapan dengan nasi lemak Mak Nab, kemudian kita boleh bertolak untuk cari nasi kandar line clear dan rojak, lepas tu kita terus ke NS untuk menjamu selera dengan cendol. Dia mengatur perjalanan.

AkU: Erm tak payahlah DSana... sudah pasti akhirnya kita sekadar dapat penat jer...

DiA: Macam nilah. Apakata kalau DSini bawa DSana cuba nasi lemak Tanglin yang tak kurang hebatnya juga. Kemudian kita cari rojak Penang. Dengarnya di Carrefour Wangsamaju pun ada jual. Rasanya erm DSini tak tahulah sedap sangat atau tak, tapi bagi DSini, bolehlah. Cendol pulak nanti DSini cuba tanya member DSini kalau-kalau mereka tahu di mana boleh dapat yang best, tapi syaratnya masih sama dan tetap akan sama. DSana perlu sihat sesihatnya dahulu, baru DSini bawa. Boleh...

Erm aku sekadar mengeluh. Betul ke aku benar-benar nak makan semua tu atau sekadar acahan selera orang sakit... Tah lah...




8 Ulasan:

  Najwa Aiman

May 14, 2009 at 4:48 PM

Aiyooo... ni awat citer pasal makan je ni?

  Buah Cintaku...

May 14, 2009 at 4:56 PM

to NA -> tah... tetiba aku rasa cam teringin banyak benda... mungkin gak sebab selera aku masih dah nak balik dari out-station kut... Ha! Bila ko nak sampai ke office aku untuk menjamu YTF???

  Eka Fahara

May 15, 2009 at 12:00 AM

Pu3...sedapnya cendul! Sedapnya rojak penang! Kak eka pula yang rasa mengidam!!!!! Take care....

  Nursuzry

May 15, 2009 at 8:44 AM

uuwweeehhhh!!! sedap tu.
kak lepas makan tu kena la ko diet erk hehehe

  Buah Cintaku...

May 15, 2009 at 10:29 AM

To Kak Eka -> Hehhehehee betul kak, tetiba je selera ni mintak yang macam-macam sejak dua menjak dia balik dari out-station. Pening gak kepala pu3 di buatnya. Kak pun ngidam ke... hhahhahahaa bolehlah kita konvoi cari sesama, ala-ala rombongan che Kiah gitu...

  Buah Cintaku...

May 15, 2009 at 10:30 AM

To Sue -> Erm tak yah diet Sue... sejak tersadai kat spital, rasanya memang dah turun pun... ni kira nak naikkan baliklah... jawabnya jadi BELONlah tak lama lagi... nauzubillah... minta dijauhkan... tak naklah sampai macam BELON...

  Nursuzry

May 15, 2009 at 5:10 PM

hahaha. kira leh tima la alasan kritikal tu hehehe. semoga sembuh seperti sedia kala la hendaknya ye.