my cook...

Selera ku masih belum sembuh... atau dengan kata lain belum balik dari out-station entah ke mana. Payau dan pahit masih menguasai tekak. Terpaksalah aku buat sumthing dulu sebelum menjamah juadah, itu pun kalau aku rasa nak jamahlah. Aku akan sediakan air ribena campur 100plus. Masam dan rasanya pun best. Malam ni aku gagahkan juga untuk memasak. Rasa dah lama juga aku tak masak, jadi inilah juadah untuk makan malam kami sekeluarga... ikan tenggiri masak taucu, sayur goreng, telur masak kicap ni memang kegemaran aku sebabnya aku ni kan fanatik dengan kicap ditambah lagi dengan ikan pekasam goreng campur cili padi dan bawang. Peh! Memang sedap giloz, lebih-lebih lagi dengan ikan pekasam goreng cili padi campur bawang tu... malangnya aku tak makan banyak pun... sebabnya selera aku masih lagi tak stabil...