Selamat Hari Guru

Walaupun rasanya dah terlambat sikit, tapi aku tetap nak wish Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh dunia amnya dan guru-guru yang pernah mengajar aku khasnya. Tanpa jasa kalian, aku mungkin tak kenal apa itu A, B,C... apa dia 1,2,3 dan mungkin tak kenal erti hidup. Terima kasih cikgu yang rasanya maybe dah bersara dari kerjaya kalian. Aku rasa rindu dengan kenangan bergelar pelajar. Sekolah rendah di kampung cukup seronok. Berhijrah untuk meneruskan pelajaran di bandar bagaikan satu cabaran buatku. Mendedahkan aku pada sebuah kehidupan yang agak mencabar dari apa yang aku hadapi selama ini. Namun dengan bimbingan mereka yang bergelar guru, sedikit demi sedikit aku mampu menyesuaikan diri. Terima kasih cikgu. Jasa kalian tetap akan dikenang hingga akhir hayat.