Award lagi

Peh! Lega... baru malam ini aku dapat nak kemaskan my glass castle ni. Berabuk sana sini, kalau tak dibersihkan, sat ni tetamu yang rajin menjengah dok terbersin pulak. Bila dah sakan bersin, tak pasai kena pi jumpa doktor untuk dapatkan kepastian. Iyerlah kan sekaranng ni bersepah-sepah virus di muka bumi dengan penyakit yang bukan sikit punya bahaya. Banyak oooohhh. Isy! Apalah yang aku dok merepek ni... bukan apa, tadi petang aku terlebih makan kerepek ubi perisa lada hitam yang dihulurkan oleh member office sebagai ubat ngantuk katanya...

Erm sesungguhnya aku nak rakamkan ucapan jutaan terima kasih pada Suzry yang sudi menganugerahkan award biarpun untuk mengambilnya perlu menyelesaikan sesuatu terlebih dahulu. Kira anugerah dalam penderaanlah ni yer Sue. Tak apa, mood Pu3 cam okey, so let's see how much I can put it alls in words.



1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda

Key. Aku dah lakukan


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini [5 jer, tak nak lebih ke]

Dia seorang yang baik, Seorang yang rajin dalam apa sahaja yang dilakukannya, Suka membaca novel, Seorang yang penyayang - I assume, Punya perbagai koleksi novel. [agak-agak dia nak tak bagi aku pinjam]


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya. [Gulppp. Umakai... 10, banyaknya... tertelan liur aku dibuatnya]

Mungkin ramai yang tak percaya bahawa pemilik blog ini seorang yang pemalu. Dah termaktub dalam perlembagaan keluarga bahawa dia merupakan puteri bongsu. Tangan tak reti dok diam bila jumpa pena dan kertas. Sanggup melakukan penderaan mata bila dapat novel yang menepati citarasa. Cuba melakarkan ilham yang diberi-Nya dalam garapan gayanya sendiri. Sensitif dan boleh dikatergorikan mudah menangislah juga. [tapi bukan cengeng ekk]. Seorang yang penyayang [Ehem! Boleh test tengok...]. Peminat ribena dan biskut. Pengumpul teddybear. Suka menjahit dan memasak bila punya kesempatan

4. Anda perlu memilih 10 penerima seterusnya dan describe tentang mereka. [Ya ampun, siapa sih yang harus ku pilih]


  • Ebriza sebab dah lama sangat dia ni membisu. Nak amik semula perhatian dia
  • Norafishah - Ni kira balas semula tag award yang diberikannya hari tu.
  • Bib - Jeles sebab dia asyik layan movie. Ha! Sekarang biar dia layan tag award pulak
  • Eny - geram sebabnya dia masih belum amik award hak hari tu
  • Rehal Nurharis - Dia baru balik holiday, tentu idea tengah bersepah
  • Fyda - Pasangan duet Rehal untuk novel Aku, Dia Cinta. Cam ideal couple jer
  • Najwa Aiman - Penulis blog yang macam tak jumpa filter bahasa
  • Kak Eka - rindu kat dia dan for sure aku nak tahu sangat pasal akak aku yang sorang ni
  • AzRIN - yang suka tinggal jejak kat glass castle aku tanpa alamat untuk aku
  • Yang akhir ni buat sesapa sahaja yang sudi untuk menerima dan menyahut cabaran Tag Award ni

5 Ulasan:

  Nursuzry

May 23, 2009 at 9:30 AM

nak pinjam buku aku erk. boleh....boleh sangat. seminggu sepoloh hengget hehehehe

  Najwa Aiman

May 25, 2009 at 11:32 PM

Astaga wa esta bagadud... wokeh bebeh... nanti aku buat... ekekekekekeke...

What do you mean tak jumpa filter bahasa? Cet!

  Buah Cintaku...

May 26, 2009 at 6:15 PM

Umak ai... mahalnya... patut pun boleh tambah koleksi buku, ghupenya dia wat business...

  Buah Cintaku...

May 26, 2009 at 6:15 PM

Eh! Bukan hari tu ko gak yang beritahu filter bahasa ko hilang...