TAG 1

Tag dari Umairah - Aku dapat tag ni sebelum aku masuk hospital lagi, cuma aku tak ada waktu untuk menjawab sebabnya sibuk sangat. Jadi dalam waktu yang ada mampu aku cilok ni, aku jawablah mana yang boleh.

10 Facts About Me...

1. Sangat-sangat suka memerhati keadaan sekeliling. Sedikit sebanyak menjadi inspirasi untuk aku adaptasikan dalam ilham yang diberi-Nya

2. Suka sangat melihat senja dan fajar di tepi laut terutamanya, tapi kalau di celahan Gunung Jerai pun okey gak. Itu salah satu cara untuk aku menikmati ketenangan

3. Ada sahaja yang akan ditulis jika ada pena dan kertas di tangan. Sekarang bila dah canggih, handphone aku pulak jadi mangsa.

4. Tak reti mengungkap kata hati dan yang ni mungkin ramai yang tak percaya. Aku seorang pemalu dan cukup payah nak berkomunikasi sebenarnya kalau orang yang aku jumpa tu kaku dan tak mahu berinteraksi.

5. Fanatik dengan ribena lebih-lebih lagi kalau ada biskut. Sure layan gilez punya.

6. Suka makan sup dan makanan berasaskan Kicap….

7. Gile membaca tanpa mengira waktu dan secara tak langsung melakukan penderaan terhadap pancainderaku sendiri.

8. Pantang jumpa sesuatu yang berwarna purple. Tak tahu sejak bila aku jadi giler purple.

9. Seorang yang penyayang sebenarnya dan susah nak marah

10. Aku ingin menjadi seorang yang boleh membahagikan orang-orang yang aku kenal, sayang dan bermakna dalam hidupku selagi aku berkesempatan untuk melakukannya…

Lima orang yang aku nak tag.

1. Raizal - Sapa dia ni... sapa ekk....
2. Ebriza - pembaca manuskrip pertama aku sebelum aku berani hantar ke publisher.
3. Dina - bakal penulis dengan kelahiran novel pertama beliau dalam bulan ni.
4. Trisya - yang dah banyak berkongsi segala rasa yang selama ini aku rasa
5. RoY - sholder to cry on. Sedia berkongsi kesedihan di kala aku down giloz....